
Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk
tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian
besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja
iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada
itu.
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda
memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada
kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan
mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi
tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di
dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap
sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan
yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan
rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga
menyumbang kepada keasidan di dalam badan.
Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat
membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:
1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam
badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan
asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat
boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap
keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam
sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun
kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa
mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam
persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak
atau tidak sihat akan bersifat asid.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras
pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH
supaya pH badan kembali beralkali.
2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan
dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada
badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu
dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta
mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci
dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.
Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah
diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan
air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang
lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam
tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat
dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk
memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh
badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak
akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat
keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah
boleh memberikan kesihatan yang optimum.
4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan
yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel
pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh
badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas
dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh
badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai
beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak
aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati
bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu
seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang
berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang
kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan
mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan
serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air
alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.
6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah
disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di
sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila
bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan
diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan
menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan
ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal
bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses
penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk
membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada
masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia
bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di
mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan
pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah
berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya
menyingkirkan dari tubuh badan.
8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan
apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati
kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan
tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’
dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur
yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif
seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang
tidak menarik dan terpecah-pecah.
Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan
memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan
kepadanya.
Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat
Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah
Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut
diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang
diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang
bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.
Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat
kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan
membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan
air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah
yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk
kesihatan badan.
No comments:
Post a Comment